Sabtu, 29 April 2017

NIZAM ADHA AMBIL ALIH KEDAH TANPA RIZAL



Nizam Adha Yusoff yang merupakan pembantu kepada Tan Cheng Hoe di beri kepercayaan untuk mengendali pasukan Kedah buat sementara waktu selepas Persatuan Bola sepak Kedah-KFA mengumumkan mereka melepaskan Tan Cheng Hoe.

Tindakan ini mungkin mampu menaikkan kembali semangat pasukan setelah di lihat aksi kurang menyakinkan di pamerkan selepas Tan Cheng Hoe menghantar surat perletakan jawatan pada awal bulan ini.

Pengalaman selama hampir 3 tahun bekerjasama dengan Tan Cheng Hoe pasti tidak banyak memberi masalah kepada Nizam Adha untuk meneruskan corak permainan Kedah yang sedia ada.Pemain juga sudah pasti tidak mempunyai masalah untuk memberi kerjasama kepada beliau.



Kedah yang akan turun menentang Terengganu pada perlawanan separuh pertama Piala FA pada malam ini di halaman sendiri bakal kehilangan tonggak pertahanan kanan mereka apabila Rizal Ghazali digantung ekoran mengutip dua kad kuning.

Kedah memerlukan bekalan yang selesa untuk di bawa ke Terengganu bagi perlawanan separuh akhir kedua bulan hadapan.

loading...

Jumaat, 28 April 2017

TERIMA KASIH TAN CHENG HOE

loading...


Walaupun pelbagai reaksi positif mahupun sebaliknya hadir selepas pengumuman perletakan jawatan sebagai jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe perlu diangkat sebagai wira dalam kebangkitan skuad Helang Merah ketika ini.

Seorang jurulatih yang selalu merendah diri serta ramah ketika melayani penyokong Kedah,membuatkan beliau sentiasa di senangi oleh semua penyokong Kedah.

Tan Cheng Hoe mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih Kedah pada pertengahan April 2014 daripada David Mitchell.Watak beliau seakan sama dengan jurulatih "Double Treble",Azraai Khor Abdullah yang berani memberi peluang kepada pemain muda tempatan untuk beraksi dengan skuad utama Kedah.

Pada tahun tersebut,Tan Cheng Hoe berjaya membawa Kedah berada di tempat keempat Liga Perdana 2014 serta layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia setelah tewas dgn 0-5 kepada Pahang pada perlawanan kedua walaupun berjaya memenangi perlawanan pertama di Darul Aman dengan jaringan 3-1.

Tidak terhenti di situ,Kedah di bawah Tan Cheng Hoe terus melangkah keluar dari musim-musim suram bola sepak Kedah apabila berjaya membawa Kedah kembali ke kancah liga utama Malaysia dengan menjuarai Liga Perdana 2015 yang sekaligus memeriahkan kembali stadium Darul Aman dengan kehadiran puluhan ribu penyokong.Kegemilangan tahun 2015 di teruskan lagi sehingga akhir musim Liga Malaysia apabila Kedah berjaya melangkah ke perlawanan Akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Selangor.



Terkenal dengan permainan ala tiki taka di Malaysia,Tan Cheng Hoe berjaya mengadun pemain muda tempatan serta pemain import menjadi sebuah pasukan yang di geruni walaupun tanpa bajet yang terlalu tinggi berbanding pasukan lain.Kedah terus melakar kejayaan demi kejayaan dengan berada di tempat ketiga Liga Super 2016,semi finalis Piala FA dan kejayaan paling bergaya dengan membawa pulang Piala Malaysia 2016 menewaskan lawan yang sama dalam final 2015.

Pada musim ini,Kedah terus bermula garang apabila berjaya berada di kelompok tiga teratas Liga Super serta melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA bertemu Terengganu.

Walaupun Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk meninggalkan Kedah setelah mendapat tawaran sebagai penolong jurulatih kebangsaan,semua pihak harus menghormati pendirian beliau.Walau sakit untuk diterima tapi jangan lupa kepada slogan kita,"BIAR JASA JADI KENANGAN".
loading...

Rabu, 26 April 2017

TIKET ONLINE HABIS

loading...


Walaupun masih berbaki empat hari sebelum sepak mula separuh akhir Piala Fa antara Kedah menentang Terengganu tetapi jualan tiket online laris bak goreng pisang panas.

Kesemua tiket online bagi tiket terbuka dan berbumbung sudah habis terjual,manakala tiket astaka masih lagi berbaki kurang dari 180 keping.

Seperti perlawanan-perlawanan penting sebelum ini,kehadiran penonton Kedah amat menggalakkan di mana jualan tiket samada online mahupun di kaunter pasti akan habis di jual.

                      Foto:Utusan Malaysia


Bagi perlawanan separuh akhir Piala FA ini,pihak jawantankuasa tiket KFA akan membuka jualan tiket di kaunter Sehari lebih awal berbanding perlawanan sebelum ini di mana tiket hanya dijual pada hari perlawanan.

Bagi yang merangcang untuk membeli tiket,penyokong Kedah boleh merujuk jadual yang dikeluarkan oleh KFA.

INFO JUALAN TIKET SEPARUH AKHIR 1 PIALA FA 2017
Hari Jualan: 29 April, Sabtu

KEDAH FA vs. TERENGGANU FA
30.4.2017 Ahad 9:00 malam
Stadium Darul Aman

~~~~~~~~~~~~\\\///~~~~~~~~~~~~

<< INFO JUALAN TIKET SEPARUH AKHIR PIALA FA 2017 >>
Stadium Darul Aman, Alor Setar

TARIKH JUALAN:
29 April 2017, Sabtu

MASA JUALAN:
Bermula 2:00 petang

KAUNTER JUALAN:
Kaunter A | (Wanita Sahaja) semua jenis tiket
Kaunter B | Tiket TERBUKA Sahaja
Kaunter E | Tiket TERBUKA Sahaja
Kaunter F | Tiket ASTAKA dan BERBUMBUNG Sahaja

HARGA TIKET:
Terbuka > RM15
Berbumbung > RM30
Astaka Utama > RM40
*Tiada tiket KANAK-KANAK. 6 tahun kebawah percuma.
*Bagi perlawanan tumpuan dan berkapasiti penuh, kanak-kanak tidak digalakkan hadir.

HAD PEMBELIAN TIKET:
3 keping setiap pembelian

loading...

"SUPERB FREE-KICK" SELAMATKAN KEDAH



Tendangan percuma cantik Baddrol Bakhtiar pada minit ke-70 menyelamatkan pasukan Kedah dari pulang hampa selepas berjaya mengikat Perak 1-1 di Stadium Ipoh.

Bermula minit pertama perlawanan,Kedah terus memberi asakan terhadap kubu Perak namun barisan hadapan Kedah gagal mencari penyudah disamping kekebalan penjaga gol Perak menidakkan usaha Kedah mendapatkan jaringan.

loading...
Selepas tamat separuh masa pertama tanpa jaringan bagi kedua-kedua pasukan,Perak terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan apabila Hafiz Kamal berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60 menerusi situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Kedah hasil sepakan penjuru.

Tersentak jaringan tersebut,Kedah terus menambah asakan terhadap Perak dan hasilnya Kedah mendapat sepakan percuma 10 minit selepas jaringan Perak.Sepakan cantik daripada Baddrol Bakhtiar tepat ke penjuru pintu gol Perak dan terkena palang gol sebelum bola melantun masuk ke gawang Perak.

Menurut jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe,permukaan padang stadium Ipoh yang becak menyukarkan barisan pemain Kedah untuk mengatur serangan dengan lebih kemas memandangkan corak permainan Kedah lebih kepada permainan bola leret serta hantaran pendek,katanya.

Kedah akan kembali ke Alor Setar bagi persiapan menghadapi Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2017 pada 30 April nanti.

loading...

ANDREA BELOTTI KE MANCHESTER UNITED

loading...



Menurut laman Espnfcasia.com,beberapa pemain ternama dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab gergasi dunia bagi jendela perpindahan musim panas nanti.




1.Andrea Belotti

Walaupun Manchester di khabar berminat untuk mendapatkan pemain Atletico Madrid,Antoine Griezman,mereka turut mengintai penyerang prolifik Torino Andrea Belotti.Jose Mourinho terpaksa mencari penyerang baru bagi menggantikan Zlatan Ibrahimovic yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.




2.Alexandre Lacazette

Arsenal turut di khabarkan mensasarkan pemain Lyon Alexandre Lacazette berusia 25 tahun bagi menggantikan Alexis Shanchez yang di jangka akan meninggalkan Emirates musim panas ini.Alexandre Lacazette telah menjaringkan 31 gol dari 40 penampilan bersama Lyon.

loading...






3.Marco Verratti

Pemain tengah Paris Saint-Germain ini menjadi sasaran utama Barcelona bagi digandingkan dengan Lionel Messi di Camp Nou.Pada masa yang sama,pemain ini turut mendapat perhatian daripada pencabar utama Barcelona dalam La Liga,Real Madrid.



4.Arda Turan

Pemain tengah Barcelona ini di jangka akan meninggalkan Camp Nou selepas gagal mendapat tempat sejak kedatangan Luis Enrique.Arsenal pastinya mahu mendapatkan pemain kebangsaan Turki ini bagi menjadi nadi di bahagian tengah Arsenal bagi menggantikan Mesut Ozil

Selasa, 25 April 2017

SIAPA GANTI RIZAL?



Siapakah pemain yang sesuai diturunkan bagi menggantikan Rizal Ghazali di posisi pertahanan kanan terus menjadi persoalan.

Di khabarkan Kedah akan menurunkan kesemua pemain utama dengan kembalinya ketua pasukan Khairul Helmi Johari,Baddrol Bakhtiar,Fitri Omar serta pemain sensasi Kedah,Liridon Krasniqi.

Sebelum ini,Mohd Arif Farhan Mat Isa antara pemain yang boleh mengisi yang di tinggalkan Rizal,namun beliau masih belum cergas dari kecederaan.

Kemungkinan besar untuk perlawanan pada malam ini,Akram mahinan merupakan pemain yang paling sesuai untuk memikul tanggungjawab yang di tinggalkan Rizal.

Posisi pertahanan kanan bukanlah posisi yang asing bagi Akram.Sudah beberapa kali beliau diletak di posisi tersebut terutama ketika sesi latihan skuad Kedah.


loading...

Isnin, 24 April 2017

KEDAH PERLU BANGKIT


Rata-rata penyokong mengharapkan Kedah kembali bangkit dan terus fokus bagi menghadapi perlawanan ke 11 liga super menentang Perak di stadium Ipoh malam esok.
loading...


Walaupun mempamerkan aksi hambar dalam tiga perlawanan yang lalu,penyokong Kedah masih yakin untuk Kedah kembali bangkit untuk meraih perlawanan menentang Perak.

Kedah perlu  mencari kemenangan andainya berhasrat untuk terus bersaing menjuarai Liga Super 2017.

Pada perlawanan sebelum ini di Ipoh,Kedah berjaya menewaskan Perak 2-0 dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA 2017.

Sabtu, 22 April 2017

LIRIDON KEMBALI PERKUAT KEDAH

                     Liridon (gol.com)

Kedah bakal diperkuatkan kembali dengan kehadiran semula Liridon ke dalam pasukan selepas tidak dapat diturunkan sebelum ini akibat kecederaan.

loading...
Di fahamkan,Liridon akan kembali turun menjalani latihan bersama pasukan pada petang ini di Stadium Mini Peremba.

Walau bagaimanapun,samada Liridon akan diturunkan atau tidak menentang Perak 26 April nanti belum dapat di pastikan lagi.Kehadiran semula Liridon amat di tagih bagi menggerakkan semula barisan tengah Kedah yang agak tempang sebelum ini.

Kecederaan pemain utama di bahagian tengah,Amirul Hisyam serta Liridon banyak memberi kesan kepada barisan hadapan kedah yang menyaksikan Kedah hanya mampu menjaringkan 1 gol dari 3 perlawanan.

Kenali Pemain Kita - ABDUL HADI HAMID


Nama:Abdul Hadi bin Abdul Hamid
Tarikh lahir: 25/02/1987
Umur: 30 Tahun
Tinggi: 1.72m
Posisi: Penjaga Gol
No. Jersi: 1

Bakat beliau mula di lihat ketika bersama skuad sukma Kedah 2006 yang memenangi pingat perak.Hadi diserap masuk ke skuad senior oleh jurulatih Kedah ketika itu,Azraai Khor Abdullah bagi bergandingan dengan penjaga gol utama,Helmi Eliza Elias.

loading...
Hadi diturunkan buat pertama kali dalam skuad utama Kedah ketika menentang Perak di Stadium Darul Aman selepas Helmi Eliza dilayangkan kad merah yang menyaksikan Kedah menang 4-3.

Pada tahun 2005,beliau mendapat panggilan untuk bersama skuad bawah 20 Malaysia dan menjadi pilihan K.Rajagobal sebagai penjaga gol utama.

7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA

7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA

Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebesar lautan:

①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak    melakukan sesuatu.

②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai    melakukan sesuatu.

③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

④. Mengucap Insya Allah jika  . merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

⑤. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika   menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

⑥. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika  menghadapi dan menerima musibah.

⑦. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

″Semoga allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang     mengucapkan ″

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia     mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat   pahalanya sampai hari kiamat... aamiiin

Jumaat, 21 April 2017

KEDAH SURAM KE SEPARUH AKHIR


Kedah melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA dengan sedikit suram apabila tewas kepada pasukan PKNP 0-1 di stadium Ipoh malam tadi.

Walaupun berjaya ke separuh akhir dengan aggregat 6-2,namun kekalahan tersebut menambah lagi lagi luka Lang Merah yang tumpas sebelum ini.

Bermula dari sepak mula,PKNP terus mengasak kubu pasukan Kedah dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol hasil jaringan penyerang muda,mohammad Shahrel Fikri pada minit ke 9.Kemenangan tersebut menyaksikan PKNP terus kebal dengan rekod tanpa kalah di stadium Ipoh.

Bagi pengendali Kedah,Tan Cheng Hoe,beliau sedikit gusar dengan ketumpulan barisan serangan Kedah yang di lihat agak tumpul di hadapan pintu gol dalam tiga perlawanan terakhir.Kedah hanya mampu menjaringkan 1 gol dari 3 perlawanan terakhir setakat ini.


NANAS UBAT PELBAGAI PENYAKIT

Rupanya Buah Nenas Boleh Dimakan Setiap Hari, Buah Nenas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Ramai yang berpendapat buah nenas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nenas. Sedangkan jika anda menolak buah nenas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nenas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nenas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nenas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nenas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!




1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nenas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nenas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nenas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nenas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nenas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nenas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nenas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nenas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nenas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nenas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nenas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nenas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda ramai artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!

Kredit pd :
Pertubuhan peladang Kawasan Kampong Gajah, Perak

Khamis, 20 April 2017

KEDAH TURUNKAN SKUAD UTAMA


Walaupun terpaksa merehatkan beberapa pemain utama yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan,Kedah tetap akan menurunkan skuad terbaik dalam perlawanan menentang PKNP pada malam ini.Kedah membawa bekalan selesa ke Ipoh hasil kemenangan 6-1 pada perlawanan pertama.

Menurut ketua jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe,dalam bola sepak tiada istilah sudah selesa.Apa jua boleh berlaku dalam bola sepak.Tambahan PKNP sekarang berada pada tahap yang terbaik dengan berada di tangga kedua Liga Perdana,katanya.

Perlawanan pada malam ini sangat penting untuk menaikkan kembali moral pemain bagi menghadapi Perak  26 April nanti setelah tewas besar 0-5 kepada TTeam,sabtu lalu.

Walaupun di atas kertas di lihat laluan Kedah mudah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA,namun Kedah perlu berhati-berhati dengan semangat juang yang tinggi pemain PKNP tambahan bermain di hadapan penyokong mereka sendiri.

Selain mempunyai pemain import yang berkualiti,mereka turut diperkuatkan dengan pemain muda tempatan yang baik.Barisan pertahanan Kedah perlu mengawal ketat penyerang muda PKNP yang berusia 22 tahun,Mohammad Shahrel Fikri Md Fauzi.Beliau telah menjaringkan 7 gol dalam saingan liga Malaysia 2017 setakat ini.

                      Foto:Arena Seladang

               

GHADDAR SEMAKIN BERBISA


Penyerang sensasi Kelantan,Mohammed Ghaddar terus melakar nama sebagai penyerang berbisa dalam liga Malaysia 2017 dengan menjaringkan 16 gol dalam 9 penampilan musim ini.
Terbaru Ghaddar menjaringkan 4 gol ketika bertemu Pulau Pinang.Ghaddar kembali ke Kelantan selapas kali terakhir bersama skuad pantai timur pada 2014.

Biodata
Tarikh lahir :1/1/1984
Warganegara:Lebanon
Tinggi : 1.81M

Karier

2000-2009 Nejmeh 91 gol
2009-2010 Al Shahab 3 gol
2010-2011 Al Ahly 4 gol
2012-2013 Kelantan 13 gol
2013           Felda United 3 gol
2014           Kelantan 4 gol
2015           Naft Al Wasat 5 gol
2016           Al Falsaly 1 gol







STADIUM SHAH ALAM VENUE FINAL



Perlawanan akhir Piala FA 2017 pada 20 Mei nanti telah di tetapkan akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam,pemilihan venue ini berdasarkan kemudahan fasiliti serta kapasiti stadium yang besar sesuai untuk perlawanan akhir.


Rabu, 19 April 2017

LIRIDON TIDAK BERSAMA KEDAH



Foto:Sinar Harian


Helang merah terpaksa melupakan khidmat pemain import, Liridon yang masih lagi belum pulih sepenuhnya dari kecederaan bagi mengharungi perlawanan kedua suku akhir Piala FA bertemu PKNP malam esok.Liridon yang turut tidak diturunkan ketika Kedah tewas 0-5 kepada TTeam akan direhatkan pada perlawanan malam esok bagi memastikan dia pulih sepenuhnya ketika bertemu Perak 26 April nanti.
Kedah bertandang ke Stadium Ipoh dengan membawa bekalan selesa selepas membelasah lawan yang sama 6-1 pada perlawanan pertama suku akhir yang berlangsung di Stadium Darul Aman.
Sekiranya berjaya melangkah ke peringkat separuh akihir,Kedah akan bertemu pemenang perlawanan antara Sarawak dan Terengganu.

NEYMAR MENANGIS BARCA TUMBANG

                    Foto:tribunnews

Barcelona tersingkir dalam perebutan kejuaran UCL apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Juventus di Stadium Camp Nou,awal pagi tadi

Beberapa peluang keemasan yang diperolehi oleh pemain Barcelona terutama menerusi pemain prolifik mereka,Messi gagal menghasilkan gol.

Keputusan tersebut menyaksikan Juventus melangkah ke peringkat separuh akhir setelah memenangi perlawanan pada perlawanan pertama dengan jaringan 3-0.



CARA TERBAIK MENGURANGKAN BATUK


Buah nanas

Buah nanas mampu mengatasi masalah batuk 5 kali lebih baik daripada kita meminum ubat batuk.Anda boleh mimilih samada untuk dijadikan jus ataupun dimakan begitu saja.



Vicks VapoRub

Selain itu,anda juga boleh mencuba vicks vaporub sekiranya batuk menganggu anda terutama di waktu malam yang menyebabkan anda sukar untuk tidur.Sapu vicks vaporub pada bahagian leher,dada anda dan bahagian belakang anda.Rasa dingin dari vicks vaporub akan mengurangkan batuk.

Semoga artikal ini sedikit sebanyak membantu anda.

P/S:Sila berjumpa dengan doktor sekiranya batuk anda berlarutan.

BALASAN ANAK DERHAKA


Balasan Untuk Anak Derhaka


Balasan untuk anak derhaka adalah sebuah kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar. Kisah anak derhaka bukanlah sesuatu yang baru tapi kadangkala hati kita perlu di beri peringatan supaya kita tidak tergelincir jauh.

Kisah anak derhaka ini berlaku kepada seorang saudagar yang kaya raya. Sebelum dia menjadi kaya, dia berasal dari keluarga yang susah. Hasil usahanya yang bersungguh-sungguh sambil dibantu oleh ibunya, beliau menjadi orang yang paling kaya dan disegani di khalangan penduduk di kawasannya.

Ibu Miskin Di Hina Si Anak


Pada suatu hari si ibu yang hidupnya serba kekurangan, telah datang ke rumah anaknya untuk untuk meminta sedikit bantuan makanan kerana dia telah kehabisan makanan. Ketika kedatangan si ibu, anaknya tiada di rumah. Yang ada cuma si isteri. Malangnya disebabkan si ibu seorang yang miskin dan berpakaian comot, kedatangan beliau tidak dihiraukan oleh si isteri.

Si Ibu sangat hampa dengan kelakuan menantunya. Namun disebabkan kelaparan, beliau terus berada di situ menunggu anaknya pulang. Apabila anaknya pulang, si ibu menyatakan hasrat kepada si anak. Namun si isteri pantas menghalang dan mengatakan yang dia sudah bosan dengan sikap si ibu yang selalu meminta makanan daripada mereka. Si ibu dengan perasaan yang amat sedih dan geram berlalu dari situ. Sepanjang jalan beliau menangis, mengenangkan anaknya yang di sangat disayangi sanggup melukakan hatinya

KEN ILSO MAHU TERUS MELEDAK

Penyerang utama Kedah,Ken Ilso Larsen tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan akhir Piala FA pada malam ini.Setakat ini Ken tel...