Balasan Untuk Anak Derhaka
Balasan untuk anak derhaka adalah sebuah kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar. Kisah anak derhaka bukanlah sesuatu yang baru tapi kadangkala hati kita perlu di beri peringatan supaya kita tidak tergelincir jauh.
Kisah anak derhaka ini berlaku kepada seorang saudagar yang kaya raya. Sebelum dia menjadi kaya, dia berasal dari keluarga yang susah. Hasil usahanya yang bersungguh-sungguh sambil dibantu oleh ibunya, beliau menjadi orang yang paling kaya dan disegani di khalangan penduduk di kawasannya.
Ibu Miskin Di Hina Si Anak
Pada suatu hari si ibu yang hidupnya serba kekurangan, telah datang ke rumah anaknya untuk untuk meminta sedikit bantuan makanan kerana dia telah kehabisan makanan. Ketika kedatangan si ibu, anaknya tiada di rumah. Yang ada cuma si isteri. Malangnya disebabkan si ibu seorang yang miskin dan berpakaian comot, kedatangan beliau tidak dihiraukan oleh si isteri.
Si Ibu sangat hampa dengan kelakuan menantunya. Namun disebabkan kelaparan, beliau terus berada di situ menunggu anaknya pulang. Apabila anaknya pulang, si ibu menyatakan hasrat kepada si anak. Namun si isteri pantas menghalang dan mengatakan yang dia sudah bosan dengan sikap si ibu yang selalu meminta makanan daripada mereka. Si ibu dengan perasaan yang amat sedih dan geram berlalu dari situ. Sepanjang jalan beliau menangis, mengenangkan anaknya yang di sangat disayangi sanggup melukakan hatinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan