Jumaat, 28 April 2017

TERIMA KASIH TAN CHENG HOE

loading...


Walaupun pelbagai reaksi positif mahupun sebaliknya hadir selepas pengumuman perletakan jawatan sebagai jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe perlu diangkat sebagai wira dalam kebangkitan skuad Helang Merah ketika ini.

Seorang jurulatih yang selalu merendah diri serta ramah ketika melayani penyokong Kedah,membuatkan beliau sentiasa di senangi oleh semua penyokong Kedah.

Tan Cheng Hoe mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih Kedah pada pertengahan April 2014 daripada David Mitchell.Watak beliau seakan sama dengan jurulatih "Double Treble",Azraai Khor Abdullah yang berani memberi peluang kepada pemain muda tempatan untuk beraksi dengan skuad utama Kedah.

Pada tahun tersebut,Tan Cheng Hoe berjaya membawa Kedah berada di tempat keempat Liga Perdana 2014 serta layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia setelah tewas dgn 0-5 kepada Pahang pada perlawanan kedua walaupun berjaya memenangi perlawanan pertama di Darul Aman dengan jaringan 3-1.

Tidak terhenti di situ,Kedah di bawah Tan Cheng Hoe terus melangkah keluar dari musim-musim suram bola sepak Kedah apabila berjaya membawa Kedah kembali ke kancah liga utama Malaysia dengan menjuarai Liga Perdana 2015 yang sekaligus memeriahkan kembali stadium Darul Aman dengan kehadiran puluhan ribu penyokong.Kegemilangan tahun 2015 di teruskan lagi sehingga akhir musim Liga Malaysia apabila Kedah berjaya melangkah ke perlawanan Akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Selangor.



Terkenal dengan permainan ala tiki taka di Malaysia,Tan Cheng Hoe berjaya mengadun pemain muda tempatan serta pemain import menjadi sebuah pasukan yang di geruni walaupun tanpa bajet yang terlalu tinggi berbanding pasukan lain.Kedah terus melakar kejayaan demi kejayaan dengan berada di tempat ketiga Liga Super 2016,semi finalis Piala FA dan kejayaan paling bergaya dengan membawa pulang Piala Malaysia 2016 menewaskan lawan yang sama dalam final 2015.

Pada musim ini,Kedah terus bermula garang apabila berjaya berada di kelompok tiga teratas Liga Super serta melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA bertemu Terengganu.

Walaupun Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk meninggalkan Kedah setelah mendapat tawaran sebagai penolong jurulatih kebangsaan,semua pihak harus menghormati pendirian beliau.Walau sakit untuk diterima tapi jangan lupa kepada slogan kita,"BIAR JASA JADI KENANGAN".
loading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEN ILSO MAHU TERUS MELEDAK

Penyerang utama Kedah,Ken Ilso Larsen tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan akhir Piala FA pada malam ini.Setakat ini Ken tel...