
Nizam Adha Yusoff yang merupakan pembantu kepada Tan Cheng Hoe di beri kepercayaan untuk mengendali pasukan Kedah buat sementara waktu selepas Persatuan Bola sepak Kedah-KFA mengumumkan mereka melepaskan Tan Cheng Hoe.
Tindakan ini mungkin mampu menaikkan kembali semangat pasukan setelah di lihat aksi kurang menyakinkan di pamerkan selepas Tan Cheng Hoe menghantar surat perletakan jawatan pada awal bulan ini.
Pengalaman selama hampir 3 tahun bekerjasama dengan Tan Cheng Hoe pasti tidak banyak memberi masalah kepada Nizam Adha untuk meneruskan corak permainan Kedah yang sedia ada.Pemain juga sudah pasti tidak mempunyai masalah untuk memberi kerjasama kepada beliau.
Kedah yang akan turun menentang Terengganu pada perlawanan separuh pertama Piala FA pada malam ini di halaman sendiri bakal kehilangan tonggak pertahanan kanan mereka apabila Rizal Ghazali digantung ekoran mengutip dua kad kuning.
Kedah memerlukan bekalan yang selesa untuk di bawa ke Terengganu bagi perlawanan separuh akhir kedua bulan hadapan.
loading...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan