Rabu, 26 April 2017

TIKET ONLINE HABIS

loading...


Walaupun masih berbaki empat hari sebelum sepak mula separuh akhir Piala Fa antara Kedah menentang Terengganu tetapi jualan tiket online laris bak goreng pisang panas.

Kesemua tiket online bagi tiket terbuka dan berbumbung sudah habis terjual,manakala tiket astaka masih lagi berbaki kurang dari 180 keping.

Seperti perlawanan-perlawanan penting sebelum ini,kehadiran penonton Kedah amat menggalakkan di mana jualan tiket samada online mahupun di kaunter pasti akan habis di jual.

                      Foto:Utusan Malaysia


Bagi perlawanan separuh akhir Piala FA ini,pihak jawantankuasa tiket KFA akan membuka jualan tiket di kaunter Sehari lebih awal berbanding perlawanan sebelum ini di mana tiket hanya dijual pada hari perlawanan.

Bagi yang merangcang untuk membeli tiket,penyokong Kedah boleh merujuk jadual yang dikeluarkan oleh KFA.

INFO JUALAN TIKET SEPARUH AKHIR 1 PIALA FA 2017
Hari Jualan: 29 April, Sabtu

KEDAH FA vs. TERENGGANU FA
30.4.2017 Ahad 9:00 malam
Stadium Darul Aman

~~~~~~~~~~~~\\\///~~~~~~~~~~~~

<< INFO JUALAN TIKET SEPARUH AKHIR PIALA FA 2017 >>
Stadium Darul Aman, Alor Setar

TARIKH JUALAN:
29 April 2017, Sabtu

MASA JUALAN:
Bermula 2:00 petang

KAUNTER JUALAN:
Kaunter A | (Wanita Sahaja) semua jenis tiket
Kaunter B | Tiket TERBUKA Sahaja
Kaunter E | Tiket TERBUKA Sahaja
Kaunter F | Tiket ASTAKA dan BERBUMBUNG Sahaja

HARGA TIKET:
Terbuka > RM15
Berbumbung > RM30
Astaka Utama > RM40
*Tiada tiket KANAK-KANAK. 6 tahun kebawah percuma.
*Bagi perlawanan tumpuan dan berkapasiti penuh, kanak-kanak tidak digalakkan hadir.

HAD PEMBELIAN TIKET:
3 keping setiap pembelian

loading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEN ILSO MAHU TERUS MELEDAK

Penyerang utama Kedah,Ken Ilso Larsen tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan akhir Piala FA pada malam ini.Setakat ini Ken tel...