Walaupun terpaksa merehatkan beberapa pemain utama yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan,Kedah tetap akan menurunkan skuad terbaik dalam perlawanan menentang PKNP pada malam ini.Kedah membawa bekalan selesa ke Ipoh hasil kemenangan 6-1 pada perlawanan pertama.
Menurut ketua jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe,dalam bola sepak tiada istilah sudah selesa.Apa jua boleh berlaku dalam bola sepak.Tambahan PKNP sekarang berada pada tahap yang terbaik dengan berada di tangga kedua Liga Perdana,katanya.
Perlawanan pada malam ini sangat penting untuk menaikkan kembali moral pemain bagi menghadapi Perak 26 April nanti setelah tewas besar 0-5 kepada TTeam,sabtu lalu.
Walaupun di atas kertas di lihat laluan Kedah mudah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA,namun Kedah perlu berhati-berhati dengan semangat juang yang tinggi pemain PKNP tambahan bermain di hadapan penyokong mereka sendiri.
Selain mempunyai pemain import yang berkualiti,mereka turut diperkuatkan dengan pemain muda tempatan yang baik.Barisan pertahanan Kedah perlu mengawal ketat penyerang muda PKNP yang berusia 22 tahun,Mohammad Shahrel Fikri Md Fauzi.Beliau telah menjaringkan 7 gol dalam saingan liga Malaysia 2017 setakat ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan