Rabu, 26 April 2017

"SUPERB FREE-KICK" SELAMATKAN KEDAH



Tendangan percuma cantik Baddrol Bakhtiar pada minit ke-70 menyelamatkan pasukan Kedah dari pulang hampa selepas berjaya mengikat Perak 1-1 di Stadium Ipoh.

Bermula minit pertama perlawanan,Kedah terus memberi asakan terhadap kubu Perak namun barisan hadapan Kedah gagal mencari penyudah disamping kekebalan penjaga gol Perak menidakkan usaha Kedah mendapatkan jaringan.

loading...
Selepas tamat separuh masa pertama tanpa jaringan bagi kedua-kedua pasukan,Perak terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan apabila Hafiz Kamal berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60 menerusi situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Kedah hasil sepakan penjuru.

Tersentak jaringan tersebut,Kedah terus menambah asakan terhadap Perak dan hasilnya Kedah mendapat sepakan percuma 10 minit selepas jaringan Perak.Sepakan cantik daripada Baddrol Bakhtiar tepat ke penjuru pintu gol Perak dan terkena palang gol sebelum bola melantun masuk ke gawang Perak.

Menurut jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe,permukaan padang stadium Ipoh yang becak menyukarkan barisan pemain Kedah untuk mengatur serangan dengan lebih kemas memandangkan corak permainan Kedah lebih kepada permainan bola leret serta hantaran pendek,katanya.

Kedah akan kembali ke Alor Setar bagi persiapan menghadapi Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2017 pada 30 April nanti.

loading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEN ILSO MAHU TERUS MELEDAK

Penyerang utama Kedah,Ken Ilso Larsen tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan akhir Piala FA pada malam ini.Setakat ini Ken tel...