
Kedah berpeluang merampas tangga kedua Liga Super 2017 apabila Pahang tewas 2-3 kepada Kelantan malam tadi.
Selain itu,kegagalan Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih mata penuh ketika bertemu Melaka United membuka ruang kepada Kedah untuk kembali mengejar pendahulu liga itu.
Kedah ketika ini berada di tangga ketiga dengan mengumpul 20 mata manakala pahang di tangga kedua dengan 21 mata.JDT selaku pendahulu liga mempunyai kelebihan 7 mata berbanding Kedah.
Kedah akan bertandang ke Shah Alam bagi bertemu PKNS pada selasa nanti bagi perlawanan ke 12 liga.
Walau bagaimanapun,Kedah akan turun menentang PKNS tanpa beberapa tonggak utama yang digantung perlawanan serta mengalami kecederaan.
Liridon Krasniqi serta Rizal Ghazali terpaksa diketepikan akibat pergantungan manakala Amirul Hisyam,Abdul Halim Shaari serta tonggak pertahanan, Zack Anderson masih lagi belum pulih dari kecederaan.
Kedah akan terus bertolak ke Kuala Terengganu selepas perlawanan menentang PKNS bagi bertemu Terengganu dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2017.
loading...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan