Jumaat, 19 Mei 2017

KEN ILSO MAHU TERUS MELEDAK



Penyerang utama Kedah,Ken Ilso Larsen tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan akhir Piala FA pada malam ini.Setakat ini Ken telah menjaringkan 4 gol iaitu dua gol ketika bertemu PKNP dan masing-masing satu gol ketika bertemu Perak dan Terengganu.

Walaupun cuba menambah koleksi jaringannya,Ken berkata beliau tidak kisah siapa pun menjaringkan gol untuk Kedah pada malam ini.Lebih penting jaringan berjaya dihasilkan dan Kedah berjaya memenangi perlawanan.

Ken Ilso merupakan antara penyerang utama Home United di Liga Singapura dengan meledak 35 gol dari 51 penampilan.Kemampuan beliau telah memikat hati bekas jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe untuk membawa beliau ke Darul Aman.

loading...

GANDINGAN KEON,SYAWAL SEMAKIN MANTAP



Gandingan di bahagian pertahanan tengah Kedah di lihat semakin mantap dengan gandingan pemain berpengalaman,Khairul Helmi Johari bersama pemain muda yang semakin meningkat naik,Syawal Nordin.

Aksi mereka semakin mantap selepas digandingkan setelah pemain import,Zack Anderson terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan di bahagian paha.

Bagi perlawanan akhir Piala FA pada sabtu ini,gandingan mereka berdua kemungkinan besar akan di kekalkan ekoran keadaan Zack yang masih lagi cergas sepenuhnya.

Selain itu,pasukan Kedah mendapat suntikan semangat apabila Presiden KFA mengumumkan bonus 20 ribu ringgit bagi setiap pemain sekiranya Kedah berjaya membawa pulang Piala FA ke Alor Setar.

Khairul Helmi & syawal

loading...

Rabu, 17 Mei 2017

TIGA SERANGKAI BUAT DOLAH PENING



Kemantapan gandingan trio import Kedah,Sandro,Liridon serta Ken Ilso pasti meresahkan pengendali Pahang,Dolah Saleh dalam merencana strategi bagi perlawanan akhir Piala FA,sabtu nanti.

Pada perlawanan separuh akhir bertemu Terengganu,gandingan mereka mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan yang sekaligus berjaya menghasilkan satu gol setiap seorang.

Andai Dolah menekankan pemain beliau untuk mengikat gerakan Liridon,pastinya perangkap beliau akan memakan diri kerana Sandro serta Ken Ilso akan lebih mudah untuk bergerak.

Gandingan Sandro dengan Ken Ilso juga di lihat semakin serasa dengan gerakan cantik antara mereka berdua berjaya menghasilkan gol ketiga kedah pada perlawanan yang lalu.

Walau bagaimanapun Kedah tidak boleh mengambil mudah bertemu Pahang walaupun pernah menewaskan mereka pada saingan liga awai tahun ini.Pahang di lihat memperkuatkan pasukan mereka dengan membawa masuk import baru bagi persiapan menghadapi Kedah,Sabtu ini.

gol-gol Ken Ilso



loading...
loading...

Sabtu, 13 Mei 2017

KEDAH HAMPIRI SAINGAN PIALA AFC


Kedah berjaya melangkah ke perlawanan akhir akhir Piala FA 2017 dengan penuh bergaya apabila berjaya menewaskan pasukan Terengganu dengan aggregat 4-0.

Terengganu memulakan perlawanan dengan penuh semangat untuk mencari jaringan bermula di awal minit perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan ke pintu gawang Kedah.Namun Kedah pantas menyentap semangat juang pemain Sang Penyu apabila Liridon mudah menolak masuk bola ke gawang gol lawan selepas rembatan Syazwan Zainon yang terkena tiang gol dan melantun ke arah beliau pada minit ke-5.

Tidak terhenti di situ,Kedah terus menambah parah pasukan tuan rumah apabila Ken Ilso berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-29 hasil kesilapan pemain lawan yang melakukan tolakan ke belakang sebelum disambar oleh Ken Ilso.

Bermula separuh masa kedua,Kedah tidak menunggu lama untuk terus mematikan sisa-sisa perjuangan pasukan Terengganu apabila gerakan cantik satu dua antara Ken Ilso dan Sandro disudahkan oleh Sandro untuk gol ketiga Kedah pada minit ke 48.

Kemenangan tersebut melayakkan Kedah ke perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 20 Mei nanti dan akan bertemu pasukan Pahang yang menewaskan Negeri Sembilan dengan aggregat 3-1.Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala FA membuka ruang kepada Kedah dalam usaha menempah slot ke saingan Piala AFC pada musim 2018.


loading...

KEDAH CARI GOL AWAL


Kedah akan turun menentang Terengganu malam ini dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA dengan mengekalkan corak seperti biasa walaupun mempunyai bekalan satu gol.

Pastinya Kedah akan cuba mendapatkan gol awal bagi mematikan semangat perjuangan Sang Penyu.Jaringan tempat lawan pasti akan memberi peluang lebih besar untuk Helang Merah melangkah ke perlawanan akhir.

Selain itu,Kedah bakal diperkuatkan semula dengan kembalinya Rizal Ghazali,Liridon Krasniqi serta Zack Anderson.Rizal dan Liridon tidak dapat diturunkan ketika bertemu PKNS kerana digantung perlawanan,manakala Zack pula mengalami kecederaan.

Kedah akan bermati-matian pada malam ini dalam usaha membawa pulang piala kedua musim ini serta melayakkan diri ke Piala AFC 2018.
loading...

Ahad, 7 Mei 2017

MEDAN PEMAIN SIMPANAN BUKTI KEMAMPUAN


Beberapa pemain yang sebelum ini banyak memanaskan bangku simpanan kemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan ke 12 Liga Super menentang PKNS selasa ini.

Pemangku Jurulatih Kedah mungkin terpaksa merombak kesebelasan utama sebelum ini ekoran kecederaan beberapa pemain utama serta pergantungan pemain.

Posisi tengah antara posisi yang menjadi masalah utama kepada Kedah apabila Liridon Krasniqi digantung dari beraksi pada perlawanan tersebut manakala kecederaan Amirul Hisyam serta Abdul Halim Shaari memeningkan lagi kem Kedah.Hanif Mat Dzahir antara calon terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut bagi bergandingan dengan Akram Mahinan.

Selain itu,Syawal Nordin kemungkinan akan terus diberi kepercayaan untuk mengemudi barisan pertahanan ekoran pergantungan pertahanan kanan Rizal Ghazali.

Kedah pastinya mahu mencapai kemenangan dalam perlawanan tersebut untuk memintas Pahang yang kini berada di tangga kedua liga.Pada masa yang sama,Kedah perlu berhati-hati bagi memastikan pemain bebas dari kecederaan sebelum bertemu Terengganu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada 13 Mei ini.


loading...

Sabtu, 6 Mei 2017

PELUANG KEDAH PINTAS PAHANG



Kedah berpeluang merampas tangga kedua Liga Super 2017 apabila Pahang tewas 2-3 kepada Kelantan malam tadi.

Selain itu,kegagalan Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih mata penuh ketika bertemu Melaka United membuka ruang kepada Kedah untuk kembali mengejar pendahulu liga itu.

Kedah ketika ini berada di tangga ketiga dengan mengumpul 20 mata manakala pahang di tangga kedua dengan 21 mata.JDT selaku pendahulu liga mempunyai kelebihan 7 mata berbanding Kedah.

Kedah akan bertandang ke Shah Alam bagi bertemu PKNS pada selasa nanti bagi perlawanan ke 12 liga.

Walau bagaimanapun,Kedah akan turun menentang PKNS tanpa beberapa tonggak utama yang digantung perlawanan serta mengalami kecederaan.

Liridon Krasniqi serta Rizal Ghazali terpaksa diketepikan akibat pergantungan manakala Amirul Hisyam,Abdul Halim Shaari serta tonggak pertahanan, Zack Anderson masih lagi belum pulih dari kecederaan.

Kedah akan terus bertolak ke Kuala Terengganu selepas perlawanan menentang PKNS bagi bertemu Terengganu dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2017.

loading...

KEN ILSO MAHU TERUS MELEDAK

Penyerang utama Kedah,Ken Ilso Larsen tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan akhir Piala FA pada malam ini.Setakat ini Ken tel...